Wednesday, May 26, 2010


Thursday, February 5, 2009

KOMUNIKASI YANG BERKESAN

1. MaafkanPada malam sebelumnya, maafkan semua orang, lupakan kesalahan-kesalahan mereka (lupakan habis!) dari dulu sampai sekarang. Teknik ini mencuci hati dari fikiran negatif, emosi-emosi negatif lalu mengelak Anda dari tertekan saat berjumpa dengan persekitaran baru.Ia adalah rahsia komunikasi magnetik, di mana hati yang bersih menarik sesiapa jua supaya jadi senang bila berhampiran dengan Anda. Masalah kebanyakan orang, mereka susah nak jadi pemaaf.
2.NiatMulakan dari niat. Pasang niat dalam hati yang Anda mahu berbaik dengan mereka. Kita adalah apa yang kita fikirkan.
3. SalamUcap salam perkenalan atau bertanya khabar, beritahu nama Anda sambil berjabat tangan. Pamerkan wajah energetik, pandang terus ke mata.Hanya mata orang tu bukannya meliar ke bibir, hidung, kening, rambut atau dagu. Anda akan diragui bila berbuat begitu di mana bola mata Anda 'menjelajah' ketika pertama kali bertemu.Lebih lihat terus ke matanya saja sambil mempamerkan wajah yang tampak yakin, yang relaks, steady, be in control.
4.AnalisaAnalisa orang sekeliling tu dulu, cemana mereka, perwatakan mereka, air muka, cara diorang bercakap, pandangan mata, bahasa badan yang mereka tunjukkan. Kemudian, sesuaikan diri Anda dengan mereka.
5. Bersedia.Sedia memperkenalkan diri, beritahu sedikit latar belakang, asal Anda, pekerjaan dan umur.
6. Buka Cerita.Buka cerita tentang cuaca, isu semasa. Jangan berlagak yang Anda tahu banyak perkara, cukup sekadar membuka topik untuk menghangatkan suasana.
7. Buang Sangkaan Buruk.Elak sangkaan buruk dan yang negatif masuk di fikiran ketika berkenalan dengan orang sekeliling yang baru dan persekitaran baru. Anggap mereka ada ciri-ciri positif dan yang baik dalam diri masing-masing.
8. RajinPerlihatkan mereka kerajinan Anda, rajinkan diri membantu apa yang patut, murah berkongsi buah fikiran dan ambil bahagian dalam apa jua yang mereka lakukan. Murah dengan senyuman dan bercakap dengan tone suara yang normal, tak terlalu kuat dan tak terlalu perlahan.
9. Buat Mereka Ketawa.Pergaulan menjadi lebih indah, lebih berseri bila di selitkan lawak jenaka, cerita lucu dan gelak ketawa. Buat mereka ketawa, biar sampai pecah perut.Bila mereka boleh ketawa bersama Anda, maknanya mereka dah menerima kehadiran Anda!Moga sembilan tips komunikasi ni bermanfaat.

CIRI ISTERI SOLEHAH

Ciri-ciri isteri solehah- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34). - Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami. Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim). - Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. - Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. - Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin. Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah). Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar. - Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami. Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad). - Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19). Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya. Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih). - Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya. - Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam. Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang. - Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai. Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''

KEHARMONIAN RUMAH TANGGA

Hubungan suami isteri ibarat sebatang pokok bunga; ia perlu dijaga, disiram dan dibajai dari semasa ke semasa agar sentiasa subur, segar dan mewangi. Bagaimana hendak menjaga rumahtangga agar ia hidup subur?
1) Mendengar, Menerima dan Menunjukkan MinatSetiap individu pastinya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan atau diberitahu kepada orang lain. Begitu juga suami isteri, pastinya ada perkara-perkara yang hendak diluahkan agar dapat dikongsi bersama. Jika suami isteri anda pulang ke rumah dan meluahkan perasaan, bersedialah untuk mendengarnya dengan penuh minat.
2) Berkasih Sayang Berkasih sayang merupakan aspek penting dalam kebahagian rumahtangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata, sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan. Love is a verb. Rasa kasih dan sayang boleh dilahirkan dengan sentuhan atau berpegangan tangan ketika menonton TV, saling memilin kaki ketika sama-sama membaca akhbar di hujung minggu, tanpa perlu diucapkan dengan kata-kata.
3) Ambil BeratTimbang rasa ialah cara yang sangat berkesan untuk melonjak rumahtangga anda ke arah yang lebih positif. Misalnya hari ini suami anda dikehendaki membentangkan kertas kerja projek. Luangkan sedikit masa untuk menelefonnya sekadar untuk bertanyakan keadaan dan mengucapkan selamat berjaya. Tunjukkan bahawa anda ambil berat. Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik.
4) Menghargai PerkahwinanUntuk menghargai perkahwinan, kenangkan kembali detik-detik indah masa lalu. Kenangkan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan anda di awal perkahwinan dahulu. Semarakkan memori indah itu setiap kali anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan. Mengingati saat-saat indah ini akan dapat menghilangkan perasaan marah terhadap pasangan anda. Berikan pujian kepada pasangan dan luahkan rasa bangga kepada pasangan anda. Bersetuju dengan idea pasangan, cadangan atau penyelesaiannya adalah satu cara untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan.
5) Saling MemahamiSuami isteri perlu pandai menyelami hati masing-masing. Anda boleh tunjukkan bahawa anda benar-benar memahami dan merasai apa yang pasangan anda rasakan hanya dengan ekspresi wajah seperti riak sedih, bimbang dan sebagainya. Empati juga boleh diluahkan dengan berkata sesuatu yang dapat menenangkan hati pasangan anda.
6) Ada Senda GurauMenyakat , bergurau, dan melawak bersama boleh menyuburkan lagi ikatan perkahwinan atau hubungan suami isteri. Bersuka-suka begini boleh mendekatkan diri anda dengan suami atau isteri. Anda menjadi semakin intim. Kongsilah perasaan seronok dan gembira bersama dan beritahulah pasangan anda bahawa anda sedang menikmati saat yang indah bersamanya.
7) Saling MendoakanDoakanlah pasangan anda. Cari waktu-waktu yang paling sesuai untuk berdoa khususnya selepas solat. Jangan hadkan waktu doa. Anda boleh berdoa sama ada dengan melafazkan doa atau sekadar memohon dengan hati. Doakan kesejahteraan dan kejayaan pasangan masing-masing.

BIJAK BERMAIN DENGAN MASA

Bijak pandai ada mengatakan, 'masa itu emas'. Hukama pula mengibaratkan masa sebagai pedang. Jika kita manusia tidak berusaha untuk mendahuluinya dalam maksud mengejar kepentingan dunia dan akhirat pada setiap masa, maka masa pasti akan mendahului kita.Masa cukup berharga kepada manusia. Bagi mereka yang mempunyai kerjaya masa sudah tentu memainkan peranan penting kerana setiap saat dilalui, akan ada tugasan serta urusan harus diselesaikan mengikut kerjaya masing-masing.Majikan umpamanya akan menilai keberkesanan tugasan pekerjanya dengan memperuntukkan tempoh tertentu untuk mereka menyiapkan tugasan. Apabila disiapkan pada tempoh seperti ditetapkan, maka pekerja itu benar-benar memahami kepentingan menjaga masa.Islam mengajar manusia cara menjaga dan mengurus masa dengan baik serta berkesan mengikut kehendak syariat antaranya:# Membuat perancangan yang teliti. Setiap pekerjaan sudah pasti akan dilaksanakan mengikut masa tertentu. Justeru, penjadualan adalah sesuatu yang mustahak. Jadual hendaklah disediakan dengan kemas dan rapi bagi mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran masa.Tempoh menyiapkan sesuatu kerja hendaklah ditetapkan untuk mengelakkan kerja tertangguh dan tidak sistematik. Nabi Allah Ibrahim sendiri umpamanya menyediakan jadual khusus dalam waktu hidupnya seharian untuk bermunajat (berzikir) kepada Allah, bermuhasabah diri dan berfikir mengenai ciptaan Allah serta keperluan hidupnya seperti makan dan minum.# Sentiasa menepati masa kerana sebagai umat Islam yang sentiasa inginkan kemajuan diri, hendaklah sentiasa menepati masa bagi mengelak timbulnya hal negatif lain akibat kecuaian tidak mematuhi ketepatan masa. Kata-kata hikmat menyatakan: "Jangan tangguh kerja hari ini sehingga hari esok".# Jangan membazir masa kerana orang yang benar-benar menghargai masa akan sentiasa memastikan waktu terluang diisi perkara bermanfaat untuk dirinya hingga tidak mempunyai waktu melakukan perkara merugikan.# Menjaga kualiti masa. Kualiti masa berbeza mengikut aktiviti serta keperluan tetapi Islam sudah menyusunnya mengikut batas tertentu yang pasti sesuai dan perlu diambil perhatian semua umat muslimin.Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, masa senangmu sebelum susah dan masa hidupmu sebelum mati."# Berlumba-lumba meningkatkan kualiti dan produktiviti. Manusia dituntut menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan bermutu supaya setiap masa dilalui memberi kebaikan. Firman Allah yang bermaksud: "Hendaklah kamu berlumba-lumba melakukan kebaikan." Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah kasih kepada seseorang di antara kamu apabila bekerja sentiasa meningkatkan mutu kerjayanya."# Beristiqamah dalam melakukan kerja. Kekuatan untuk mengekalkan semangat dan usaha boleh dilakukan apabila seseorang menyedari bahawa setiap tugas itu adalah ibadat kepada Allah.Firman Allah yang bermaksud: "Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhan-Mu hendaknya kamu berharap."# Mengambil iktibar daripada masa silam. Setiap pekerjaan atau tugasan dilakukan tidak semuanya akan menghasilkan kejayaan seperti diharapkan, namun Islam menuntut kita supaya sentiasa menjadikan masa silam sebagai panduan membina kekuatan diri menghadapi dugaan hidup.Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya sudah berlaku sunnah Allah sebelum daripada kamu, kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Rasul-Nya." (Surah al-Imran, ayat 137)# Martabat manusia dinilai dengan masa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia yang panjang umurnya dan baik pula pekerjaannya, manakala sejahat-jahat manusia ialah yang panjang umurnya tetapi buruk pula amalannya."Allah menyatakan dengan terang dan jelas berkenaan orang yang untung dan rugi dalam pengurusan masa hidup mereka melalui firman yang bermaksud: " Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."Golongan manusia yang tidak akan rugi ini adalah golongan manusia yang melakukan kerja dan tugasan hidup mereka dengan menepati kehendak syariat. Dengan beberapa kaedah dinyatakan, orang beriman dan beramal soleh akan berusaha melakukan sesuatu pekerjaan dengan rasa insaf dan penuh penghayatan.Manusia yang untung ini juga akan sentiasa memohon kepada Allah untuk menguatkan semangat mereka dalam perjuangan hidup di samping berusaha membantu rakan taulan serta saudara seagama dengan pesanan berguna.Orang yang beruntung dalam hidup adalah mereka yang beriman dengan mengikrarkan lidahnya dan membenarkan hatinya bahawa semua ajaran dibawa junjungan Rasulullah SAW adalah benar belaka.Selain beriman, dia juga mengerjakan apa yang diimankannya dan membuat kebajikan mendatangkan manfaat kepada umum serta membawa orang lain ke arah jalan diredai.

PUNCA ANAK DERHAKA


Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.“Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…
DOA ANAK-ANAK TERMAKBULLazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah,kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT.
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maafberkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?“Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”
HUBUNGAN DENGAN BAPALazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.“Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh..
Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali)
.7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

KATA-KATA PERANSANG MINDA

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya ayak dibuat kayu api.
25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita me! makainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
28)Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .
30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
37)"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
41) Hadiah Terbaik :-> Kepada kawan - Kesetiaan-> Kepada musuh - Kemaafan-> Kepada ketua - Khidmat-> Kepada yang muda - Contoh terbaik-> Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.-> Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan-> Kepada manusia - Kebebasan
42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"
45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika elok menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."
54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan Anda akan mencapai yang tertinggi."
56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
57)"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusi! a untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."
63) Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." "

siapa pasukan kewangan

Anda adalah manusia. Yang tidak tahu semua benda. Yang buat salah silap.
Justeru, dalam menguruskan wang, anda perlu ada beberapa orang yang penting untuk membantu anda.

Pasangan Anda
Sekiranya anda suami, maka isteri anda. Sekiranya anda seorang isteri, maka suami anda.
Sekiranya anda masih bujang, calon pasangan anda perlu seseorang yang boleh memahami kenapa anda sanggup pakai kereta buruk untuk beberapa tahun.
Tukar topik perbualan dari,
“You kahwin dengan I nanti nak anak ramai tak?”
“Kalau tak percaya belah lah dada I”
kepada
“I nak pakai Kanc Classic 660 untuk tempoh 5 tahun lepas kita kahwin, you ok tak?” atau,
“Apa kata hantaran kahwin nanti adalah simpanan ASB 5000, simpanan Tabung Haji RM 5000 dan perlindungan takaful wanita bernilai RM 100,000 , family you boleh terima tak ?”

Orang Lama
Anda mungkin kenal seseorang yang sudah lama terlibat dalam bisnes dan pelaburan. Nampak je sempoi tetapi dalam bank duit banyak. Berbanding dengan anda, sentiasa kemas bertali leher tetapi duit habis sahaja hujung bulan.
Ia boleh jadi pakcik, makcik, datuk, nenek dan jiran sebelah rumah.
Kalau tidak tahu sesiapa, jangan lupa selalu balik kampung atau berkenal-kenal dengan jiran tetangga.
Kalau ibu atau bapa anda sendiri memang orang lama, itu lagi mudah.

Kawan Sebaya yang Berpengalaman
Ia tidak semestinya sebaya. Tetapi yang lingkungan umurnya yang tidak jauh berbeza.
Yang anda boleh ajak ngeteh. Yang anda boleh sms macam member. Yang anaknya dengan anak anda sebaya. Yang anda boleh bertanya isu kewangan yang anda malu nak tanya kepada orang lain.
Sudah tentu yang berpengalaman dalam bisnes dan pelaburan.
Bukan yang berpengalaman join skim cepat kaya.

Penasihat Kewangan
Financial Planner. Tetapi di Malaysia agak sukar anda untuk mendapat licensed financial planner yang bebas. Bebas yang dimaksudkan di sini adalah yang tidak terikat dengan mana-mana institusi kewangan, justeru, yang boleh memberikan pandangan tanpa bias dengan mana-mana produk kewangan.
Sekiranya anda memang zero dan tidak mampu untuk mencari maklumat sendiri, dan anda tiada orang lama dan kawan yang berpengalaman di sekeliling, anda sudah tentu perlu mencarinya untuk membantu anda.

Ejen / Broker
Sekiranya anda sudah jumpa seorang ejen hartanah, ejen insurans, broker saham yang baik, jadikan ia kawan anda.
Layan mereka tinggi sikit dari ejen / broker biasa yang hanya tahu nak kutip duit komisyen dari anda.
You’ll get something great in return.

Peguam
Kalau anda hilang RM 5000 mungkin anda rasa tidak perlu ada peguam. Tetapi bila anda sudah nak buat deal lebih dari itu mungkin anda perlu dapatkan sedikit sebanyak nasihat guaman.
Peguam ini mungkin “buta kewangan” juga. Tetapi sekurang-kurangnya dia tahu bahasa peguam yang lain.
Sekiranya anda tidak tahu perbezaan dari sudut undang-undang antara …
“You shall pay … ” , dan
“You may pay … “
Maka cepat-cepatlah berkawan dengan mana-mana peguam.

Akauntan
Masalah yang biasa berlaku adalah, anda ada income, tetapi disebabkan anda tidak merekodkan pendapatan anda itu dengan baik, maka anda susah nak jadikan ia supporting document untuk urusan tertentu.
Anda juga kadang-kadang tidak tahu dan terlupa tentang isu-isu cukai.
Alah, syarikat anda tidak ada accounting department ke ?

Banker
Pegawai kanan. Pengurus lagi bagus.
Ada perkara anda boleh bawa berbincang. Negotiation.
Pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan kepada anda selalunya kontrak yang bersifat umum. Semua orang dapat kontrak yang sama. Tetapi kenapa tidak cuba minta sesuatu terma & syarat yang lebih baik ?
Ingat, bank selalu bersifat pemurah memberikan payung semasa hari cerah dan mengambilnya balik semasa hari hujan.
Khusus untuk Graduan
Masa belajar di universiti, jangan berkawan dengan geng satu fakulti sahaja. Kawan dengan ramai orang. Bergaul. Bersosial. Sertai pelbagai aktiviti.
Anda mungkin tidak perlukan khidmat nasihat professional itu sekarang, tetapi anda pasti memerlukannya 10 tahun akan datang.
Kalimah Keramat
Buku orang Barat selalu petik Bible yang ada menyebut :
Ask and thou shall recieve
Maka ketahuilah dalam Quran pun ada …
Maka bertanyalah kepada ahli ilmu sekiranya kamu tidak mengetahui (an-Nahl : 43)
Dan juga melalui Hadis …
Khabarkan lah kepada ku tentang … (Hadis Iman, Islam & Ihsan)
Maka janganlah malu-malu untuk bertanya kepada mereka yang telah disebutkan di atas ini.

kenapa berkahwin

Saban tahun beratus malah mungkin mencecah ribuan rakyat malaysia berkahwin. Dan sekiranya kita bertanya kepada mereka kenapa mereka berkahwin? Maka beberapa jawapan seperti di bawah akan kedengaran :=
1. Saya berkahwin kerana nak mendapatkan zuriat. Bukankah Allah swt telah berfirman di dalam Al Quran :An-Nisaa[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
2. Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan.Surah Taubah[9.71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
3. Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezekiSurah An Nur[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
4. Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih sayang serta belas kasihan.Surah Ar Rum[30.21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
5. Saya berkahwin kerana sunnah Nabi793 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Sesungguhnya beberapa orang Sahabat r.a bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Nabi s.a.w memuji kepada Allah dan bersabda: Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku
6. Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami dan seorang ayah yang soleh
7. Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin
8. Saya berkahwin kerana saya dah tua. Saya tak nak orang panggil saya bujang telajak
9. Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora
10. Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.
11. Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.
12. Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia
13. Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya paksa saya berkahwinSekiranya saya meneruskan lagi senarai ini pastinya senarai akan bertambah panjang. Dan saya tidak dapat menafikan bahawa setiap perkahwinan tetap mempunyai sebab yang tersendiri.
Cuma kalau kita selidiki apa yang Rasulullah saw katakan bila berbicara tentang perkahwinan :" Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))Kesimpulan, setiap perkahwinan mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Sama ada dari Al Quran mahu pun dari Hadis Nabi saw, ianya telah menyatukan 2 insan yang berbeza untuk hidup dalam satu bumbung dan berinteraksi, berkomunikasi dan berbicara sama ada secara fizikal mahupun secara batin. Visi dan misi ini yang memberikan kekuatan bagi seorang suami dan seorang isteri untuk menghadapi kehidupan di dunia.Namun ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin? Apa matlamat mereka berkahwin.
Ringkasnya sama ada untuk memenuhi tuntutan akal atau nafsu, batin atau zahir, emosi mahupun fizikal ianya adalah demi untuk kebaikan semua pihak.Lantas kenapa timbul isu-isu seperti di bawah?
1. Suami/ isteri saya sudah tidak sehaluan.
2. Suami/isteri saya telah berubah.
3. Suami/isteri sudah tidak serasi
4. Suami/isteri tidak bertanggungjawab.
5. Suami/isteri sudah tidak saling cinta mencintai.
6. Kasih sayang sudah pudar.
Asasnya, ramai yang berkahwin kerana nafsu. Ini merujuk kepada ayat Al QuranSurah Al Imran[3.14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Dan sekiranya kita merujuk kembali Hadis Nabi saw bahawa wanita dikahwini kerana 4 sebab iaitu rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya, dapat kita simpulan bahawa ianya memenuhi sifat yang ada pada manusia. Kesukaan kepada rupa, harta dan keturunan namun perkara yang paling penting ialah agama kerana dengan agama sahaja kita akan kembali kepada Allah swt.Jelas sekarang bahawa semua isu yang timbul di kemudian hari ada berkait rapat dengan matlamat perkahwinan.Dari Amirul Mu̢۪minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah e bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan( ) tergantung niatnya( ). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya ( ) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma̢۪il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .

63 petua kebahagiaan rumah tangga

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ¡pasangan¢.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:(a) Mental, pendidikan dan ilmu(b) Emosi(c) Fizikal dan ekonomi(d) Sosial(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:(a) Pendapat atau pandangan(b) Hobi(c) Kegemaran(d) Makanan(e) Cita rasa(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Wednesday, February 4, 2009

suamiku:hargaila isterimu ini walaupun kita berdua lagi sekarang

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat
kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah
'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa
ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

wanita-akalnya senipis rambutnya

WANITA : AKALNYA SENIPIS RAMBUTNYA

an_nurr menulis "Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa
wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka
semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan
semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan
dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang
Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru
hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah


..we come to love not by finding a perfect person but by learning to see an imperfect person perfectly..
Cinta itu cahaya sanubari,
Kurniaan Tuhan fitrah insani,
Dan di mana terciptanya cinta,
Di situ rindu bermula.

maksud terjemahan talkin

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang ygmeninggal dunia.


Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang,
sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah
mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg
kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..


WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,


Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik
dan siapa yang kecewa.


Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk
menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup.


Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan
zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa


menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah
Taala.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini.


Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.


Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.


Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang
malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah
berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta
janganlah kamu susah-hati dan terkejut.


Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba
Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.


Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.


Mereka berkata:


Siapakah Tuhan kamu?


Siapakah Nabi kamu?


Apakah agama kamu?


Apakah kiblat kamu?


Siapakah saudara kamu?


Apakah pegangan iktikad kamu?


Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan
sehabis-habis terang, tepat dan betul.


Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,
biarlah tenang dan berhati-hati.


Hendaklah kamu jawab begini:


Allah Taala Tuhanku,


Muhammad nabiku,


Islam agamaku,


kitab suci Al-Quran ikutanku,


Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas
aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan
dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah".


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.


Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun
dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan
kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan
neraka adalah benar.


Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha
berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur...


Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi
Allah Taala.


Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan
hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang
seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa
mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.


Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.


Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"


Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada
di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .


Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah
pesanku walaupun satu ayat..."


Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
"masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan
TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.


Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"


Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'."


Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD
tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu
"itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN"
mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian"
Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat
para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba
Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
:


TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati


1. Para Nabi


2 Para Ahli Jihad


3. Para Alim Ulama


4. Para Syuhada


5. Para Penghafal Al Quran


6. Imam atau Pemimpin yang Adil


7. Tukang Azan


8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak


9. Orang mati dibunuh atau dianiaya


10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari
kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw:


Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:


" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku
berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga.


Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah
buahan syurga.


"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang
dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh
dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak
melebihi daun-daun kayu di bumi.


Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud


"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu."


* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa
mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah
Al-Baqarah : 237


Untuk renungan dan amalan bersama .


"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

kisah satu percintaan

Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.


Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu....sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

70 dosa2 besar

1. Syirik (secara tak sedar pun ada...tapi dah selalu....jadi laa DOSA BESAR)
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina (individu tertentu)
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong (yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak(individu tertentu)
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu (HOT)
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
29.Bunuh Diri
30.Berbohong (yang selalu di lakukan)
31.Hakim yang Tidak adil (HOT)
32.Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)
34.Tidak Cemburu
35.Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat (yang selalu di lakukan)
40.Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)
44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.Mengingkari Janji (individu tertentu)
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
48.Gambar pada Baju (hari-hari)
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain (hari-hari)
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (sentengah individu jgn lebih 3 kali dah laa....idea dan fatwa bodoh)
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu (Hari-hari)
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat

tip cinta suami isteri

* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum
berpisah ke tempat kerja masing-masing.

* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan
luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di
bibir.

* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk
menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya
apa yang sedang dilakukan.

* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you
sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di
telefon dan sebelum tidur.

* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari
bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari
berkerja.

* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari
selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang
pasangan meluahkan perasaan.

* Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari
isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,
jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi
berhari-hari.

* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran
mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting
ada berada disisi.

* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah
berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan
penting untuk mengeratkan kasih sayang.

* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa
bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan
serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau
suami.

* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau
kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang
anda tahu pasangan pasti menyukainya.

* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah
sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa
bersama.

* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti
susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara
keluarga.

* Sesekali tukar gayapenampilan agar ada kelainan serta
untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan
berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri
yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda
mencapai matlamat tersebut.

* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan
sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk
melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

maksud singkatan akum

Maksud singkatan " A'kum

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

ustazah nur bahyah

1. PUJI
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2.PELUK
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3.PENGHARGAAN
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4.PERHATIAN
Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5.PERSEFAHAMAN
Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6.PERGAULAN
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7.PERCUTIAN
Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yangjauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8.PERMOHONAN
Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


BEBERAPA AMALAN DOA SELEPAS SOLAT YANG BOLEH MERAPATKAN HUBUNGAN DAN MENIMBULKAN KASIH SAYANG ANTARA SUAMI ISTERI IAITU MEMBACA SURAH AL-IMRAN AYAT KE-31 ATAU MEMBACAKAN AYAT KE-200 SURAH SAMA BAGI MENGURANGKAN PANAS BARAN SUAMI.

KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA YANG SEBENAR IALAH MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH.

APABILA SESEORANG INSAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA, DIA AKAN MENGABAIKAN RUMAH TANGGA KERANA JIWA YANG KOSONG.

KETIKA KITA JAUH DARIPADA ALLAH, IBLIS YANG SUKA UMAT MANUSIA BERCERAI BERAI AKAN MENGHAMPIRI DAN MELALAIKAN KITA DARIPADA TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA,? KATANYA.

wanita & kubur

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, 'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia'.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah men! catatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang s! entiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah&n! bsp; memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, 'Suaminya. 'Siapa pula berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah, 'Ibunya'.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya..

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16.. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu ! daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 'Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SATU PERINGATAN!!
KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK
LIMA KALI;
1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

kehebatan ayat kursi

> LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG
> DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA. TETAPI
> ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA
> YANG LAIN KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.
> WASSALAM.
>
> KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
>
> "Au zubillah himinashsyaitan
> nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m"
>
> Tafsirannya:
> Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha
> Pemurah lagi Maha Mengasihani.
>
> Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
> bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
> dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
> kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian
> bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu
> ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul
> lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
>
> Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
> salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah
> salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana
> salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu
> kita menjawab persoalan kubur.
>
> Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
> menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
> daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam
> malaikat itu.
>
> Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Barang siapa
> membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah
> menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di
> langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan
> Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia
> adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah
> ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu
> kesanggupan kita sehari.
>
> Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
>
> Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
> dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia
> dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
> mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
> diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
>
> Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya, Siapakah
> antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?
> Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
> mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
> Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara
> kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu
> itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca
> surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan
> bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya
> sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah
> Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan
> membaca 30 jus Al-Quran.
>
> Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
>
> Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
> Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi
> ialah 300,000 tahun perjalanan.
>
> Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan
> luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
> Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
> kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
>
> Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai
> Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
> orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
>
> Sabda Rasulullah SAW lagi:
>
> Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
> tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di
> sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
> malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap
> malaikat Israfil a.s.
>
> Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu
> sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara
> keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
>
> Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang
> nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
>
> Nota:
> Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
> ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
> 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya
> seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
>
> 1) Sedekah/amal jariahnya
> 2) Doa anak-anaknya yang soleh
> 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.